Resepi ayam goreng kfc mudah - FRIEND OF PERLIS

Terkini

19 Oktober 2018

Resepi ayam goreng kfc mudah



Ayam goreng ala kfc guna tepung bestari sahaja

. tiada resepi istimewa @ rahsia ye. tepung bestari semata2. alhamdulillah.

Untuk ayamnya, saya ikut step by step mcamana yg tertulis di pek bungkusan tepung bestari.

Mula2 potong dan bersihkan ayam macam biasa dan toskan ayam. kemudian saya campurkan sedikit air kedalam bekas yang saya letak 4-5 sudu besar tepung goreng bestari. kacau sebati ye ..pastikan adunan tak cair ye. adunan kena pekat. Kemudian  masukkan ayam dalam adunan. gaul sebati. perap ayam selama 20minit - 30 minit.

Selepas cukup masa perapan, panaskan minyak dalam periuk/kuali. minyak banyak ye sbb ayam goreng ni kalau nak dapatkan hasil yg memuaskan kena pastikan goreng dgn cara deep fry.

Sebelum goreng, saya gaulkan ayam perap tadi dlm tepung goreng bestari kering dulu. golek2kan ayam sehingga tepung bersalut agak tebal dan sempurna pada ayam. Bila minyak dah cukup panas, terus goreng. Api jangn kuat ye.sederhana je. takut nanti kalau api terlalu besar tepungnya dah cukup masak, tapi isi dalam ayam pulak yang tak masak. tak perlu balik2kan banyak kali, kalau kerap balik2kan takut tepung akan terlerai dari ayam. maka tak jadi laa rupa ala2 kfc gitu.

Kentang Putar & Kuah

Bahan2 ( 3 - 4 orang )

Untuk kentang:

6 biji kentang
2 sudu besar susu segar
garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah

Cara2:

- Kentang dipotong kecil, nak lagi cepat potong dadu mcm nak buat inti karipap.

- Rebus dgn air separas kentang. Tambahkan garam.

- Bila kentang dah empuk.masakkan sehingga air hampir kering, angkat, tos seketika dan terus dilecek/kisar dalam food processor hingga halus.

- Masukkan susu dan lada sulah.

- Sesuaikan rasa dan sedia dihidang bersama kuahnya nanti.

Bahan2 kuah:
600ml air
1/4 cawan susu segar
1 kiub pati ayam
1/2 biji bawang besar holland - cincang halus
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar sos lea & perrins
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
serbuk lada hitam kasar secukupnya
2 sudu kecil kicap pekat
garam secukup rasa

Cara2:

  - Masak air dengan kiub pati ayam, masukkan ke dalam mangkuk. ketepikan
 
- Cairkan mentega dan tumis bawang hingga bawang layu..seterusnya masukkan tepung gandum..Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk...
 
- Tuang air rebusan pati ayam tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. kemudian tuangkan susu segar.

- Masukkan sos lea & perrins dan sos tiram, juga kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. rasa dulu sblm letak garam ye.

- Masaklah ikut pekat mana yg disukai.


Coleslaw

Bahan2 :
1/2 biji kobis - potong dadu kecil
1/3 carrot - potong dadu kecil
1/8 bawang holland - potong dadu kecil
4-5 sudu besar mayonis
1 sudu besar gula pasir
5 sudu besar susu full cream ( kalau takde, boleh guna susu cair je)
3 sudu besar Buttermilk (kalau takde boleh gantikan dgn plain yogurt)
1 sudu kecil cuka
Sedikit garam

Cara2:
- Kobis dan lobak merah potong dadu kecil Ketepikan.

- Dalam mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, cuka dan garam. Kacau rata.

- Satukan kobis, lobak merah dan bahan2 lain. Kacau sehingga sebati. sesuaikan rasa.

- Nak lebih sedap, buat awal dan perap semalaman terlebih dahulu dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan