Vendors Cafe dibuka secara rasmi pada 03/02/2019 beralamat No 22, Jalan Bintong Mewah 1, Bintong Mewah 01000 Kangar, Perlis.
Berdekatan dengan kedai Dobi dan Ants Hotel Bintong. Waktu perniagaan bermula pada pukul 11 Pagi hingga 10 Malam, pada setiap hari (kecuali isnin).
Kafe berkenaan menggunakan konsep vendor dan layan diri.
Pelbagai deretan menu disediakan segar oleh vendor dari rumah sebelum ditempatkan di kafe berkenaan.
Terdapat banyak pilihan hidangan utama dari makanan kering dan basah sehinggalah pencuci mulut disediakan kepada pengunjung.
Pada masa ini terdapat 70 vendor berdaftar dan aktif menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman menarik termasuk pencuci mulut hingga hidangan utama untuk kafe berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan