Di Malaysia, terdapat 3.2 juta kes diabetis pada tahun 2014. Antara bahan pemanis yang biasa diambil oleh pesakit diabetis adalah stevia.
Bahan pemanis utama dalam daun stevia adalah stevioside dan ianya 200-300 kali lebih manis berbanding gula dan mempunyai sedikit rasa pahit.
“Jawatankuasa Expert Committee on Food Additives” menyatakan bahawa stevia selamat digunakan pada kadar 4 mg / kg berat badan/sehari atau 2.4 g sehari (bagi org yang mempunyai berat badan 60kg)
Daun stevia sebenarnya lebih baik berbanding ekstrak stevia (gula stevia)
Daun stevia tinggi bahan berkhasiat antioksidan dan antidiabetis disebabkan kehadiran asid klorogenik. Dalam tubuh, bahan ini bentuk asid kafeik (bahan antidiabetis antikanser)
Biasanya bahan ini akan hilang jika melalui proses yang tidak dikawal (rujuk gambarajah)
Kajian ke atas 228 pesakit diabetis dimana 114 pesakit telah diberikan 4 g daun stevia berbanding 114 pesakit lagi diberi gula.
Hasil kajian menunjukkan penurunan gula dalam darah pesakit yang diberikan daun stevia berbanding pesakit yang diberi air gula
Kajian yang dilakukan tahun 2013 pula mendapati bahawa stevia mampu menurunkan tahap glukosa sebanyak 36%.
Justeru DAUN stevia lebih baik berbanding EKSTRAK stevia
Tambahan pula sekarang ini wujud pelbagai stevia palsu dipasaran yang mungkin memudaratkan kesihatan
Rujukan:
- Mukhtar, M. (2016). Arkib Amalan Farmasi. Vol. 7
- Jurnal Penyelidikan Makanan dan Pemakanan (2013) 52(4): 195-202
- The bitter sweet taste of stevia. www.ceidra.org
Sumber: Dr. Suri Roowi, Principal Scientist.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan