"Persiapan Menyambut Ramadhan"
(1) Ulama & Ramadhan
Di antara perkataan ulama terdahulu yang menunjukkan kerinduan akan datangnya bulan Ramadhan adalah apa yang diungkapkan oleh Yahya bin Abi Katsir rahimahullah. Beliau mendoakan salah satu doa yang dipanjatkan para salaf adalah;
“Ya Allah, pertemukan diriku dengan bulan Ramadhan, selamatkan Ramadhan untukku, dan terimalah seluruh amalku di bulan Ramadhan.”(rujuk kitab Lathaif al-Ma'arif, Ibnu Rajab al-Hanbali)
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan
----
(2) Sahabat Nabi & Ramadhan.
Ada dua orang sahabat, saling bersaudara, salah seorang di antara mereka lebih bersemangat dibandingkan yang lain, dan akhirnya dia pun memperoleh syahid. Adapun sahabatnya, meninggal dunia setahun setelahnya.
Talhah radhiallahu ‘anhu bermimpi orang yang terakhir meninggal memiliki kedudukan yang lebih tinggi daripada yang pertama. Talhah memaklumkan perkara tersebut kepada sahabat Nabi yang lain dan mereka pun berasa hairan. Maka Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam pun bersabda(bermaksud),
"Bukankah orang ini hidup setahun setelahnya?" mereka menjawab, "Ya." Baginda bersabda: "Bukankah dia mendapatkan bulan Ramadan dan berpuasa? Dia juga telah mengerjakan solat ini dan itu dengan beberapa sujud dalam setahun?" mereka menjawab, "Ya." Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam kembali bersabda: "Sungguh, sangat jauh perbezaan antara keduanya (dalam kebaikan) bagaikan antara langit dan bumi."(HR. Ibnu Majah, Sahih menurut Syeikh al-Albani dalam kitab Sahih Sunan Ibnu Majah)
(3) Persiapan menjelang Ramadhan
-Memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya’ban. ‘Aisyah radhiallahu ‘anha mengatakan,
“Saya tidak pernah melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lebih banyak berpuasa kecuali di bulan Sya’ban.”(HR. Bukharin no.1969)
-Menunaikan qadha puasa. ‘Aisyah radhiallahu ‘anha mengatakan,
"Saya pernah mempunyai hutang puasa Ramadhan, dan saya tidak mampu mengqadhanya sehinggalah bulan Sya’ban tiba.”(HR. Muslim no. 1146)
-Membaca al-Quran dalam rangka mempersiapkan diri di bulan Ramadhan. Bulan Sya’ban juga dikenali dengan Syahrul Qurra(bulan pembaca Al-Qur'an).
(4) Bagaimana keadaan kita dalam menghadapi bulan Ramadhan?
-Bertaubat, kembali, dan menghadapkan hati kepada Allah.
-Berdoa agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan, meminta pertolongan kepada Allah agar mampu menjalankan pelbagai ibadah di dalam Ramadhan.
-Bersegera menunaikan qadha puasa Ramadhan.
-Mempelajari hukum-hukum agama berkaitan Ramadhan.
-Mempersiapkan diri untuk melakukan amalan kebaikan di bulan Ramadhan seperti umrah(dalam hadis Sahih Nabi menyebutkn bahawa umrah yg dilakukan dalam bulan Ramadhan mendapat pahala seperti melakukan haji) dan i’tikaf.
-Menjauhi mereka yang membuang masa dan menjalinkan hubungan dengan mereka yang bersemangat menjalankan ibadah.
-Menghindari pertengkaran dan permusuhan.
-Mengurangkan aktivitI yang dapat memperberatkan pelaksanaan puasa.
(5) Nasihat diawal Ramadhan.
-Bersihkan hati dari permusuhan. Perbaiki hubungan yang retak sesama manusia.
-Jujur dalam bertaubat. Bukan taubat R&R! Di mana seseorang sekadar menahan diri untuk membuat dosa di bulan Ramadhan.
-Usahakan memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, baik keluarga, jiran dan yang lain. Demikian itu dilakukan agar mereka tidak menjalani bulan Ramadhan dalam keadaan lapar. Lapar kerana berpuasa dan lapar kerana miskin, tidak memiliki wang untuk membeli makanan.
-Berikan ucapan selamat dengan pesan-pesan yang baik & indah. Salah satu yang terbaik adalah ucapan selamat melalui panggilan telefon yang mengandungi ucapan doa dan ungkapan kegembiraan akan datangnya bulan Ramadhan.
(6) Niat Ramadhan.
Niat merupakan syarat sah puasa Ramadhan berdasarkan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, di mana Baginda bersabda(bermaksud),
“Barangsiapa yang tidak berniat puasa waktu malam, tidak ada puasa baginya.”(HR. An-Nasaie no. 2334, di Sahihkan Syeikh al-Albani dalam kitab Sahih Sunan An-Nasaie)
Niat adalah keinginan hati untuk berpuasa. Dengan demikian, siapa saja yang memasuki waktu sahur dan hatinya berkeinginan untuk berpuasa, maka perkara itu telah mencukupi. Selain itu, niat di hati dan mengucapkannya bukanlah suatu tuntutan mahupun suruhan agama. Sepertimana yang ditulis di dalam kitab Fiqh mazhab Syafie "Adapun niat letaknya dihati bulan di lisan" (rujuk kitab Safitun Naja)
Wajib berniat di malam hari, iaitu dimulai sejak terbenamnya matahari sehingga terbitnya fajar. Tidaklah mengapa jika seorang berniat puasa Ramadhan di awal bulan dan diniatkan untuk satu bulan penuh. Meskipun, memperbarui niat di setiap malam lebih diutamakan.(Fatwa Syeikh Muhammad b. Soleh al-Munajjid)
(7) Hadis Popular tapi X Sahih.
“Ya Allah, berkahi kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta
sampaikan kami ke bulan Ramadan.”
(Hadis tersebut merupakah hadis yang lemah. Diriwayatkan oleh
Imam Ahmad no. 2342. Dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Zaidah bin Abi ar-Raqqad yang berstatus munkar al-hadis. Beliau dilemahkan oleh Imam an-Nawawi dalam al-Azkar ms. 547, az-Zahabi dalam al-Mizan 2/65, Ibnu Hajar dalam Tabyin al-Ujab ms. 38, Ibnu Rajab dalam Lathaif al-Ma’arif ms. 143, dan al-Albani dalam Dha’if al-Jami’ no. 4395.
Meskipun demikian, tidaklah mengapa jika seorang muslim berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan, seraya meminta taufik kepada-Nya agar dapat berpuasa dengan baik di bulan Ramadhan.
(8) Panduan Melalui Sahabat Nabi dalam mendidik anak berpuasa.
Ar-Rubayyi’ binti Mu’awwiz radhiallahu ‘anha berkata pada hari Asyura,
"Sejak saat itu kami selalu berpuasa ‘Asyura dan kami jadikan anak-
anak kecil kami berpuasa. Kami membuatkan mainan anak patung untuk
mereka dari bulu domba. Jika salah seorang di antara mereka
menangis kerana lapar, maka kami berikan mainan itu kepadanya,
perkara itu berlangsung seperti sehingga datang waktu berbuka.”(HR. Bukharin no.1960)
Terdapat banyak lagi cara Dari segi ucapan mahupun perbuatan untuk mengajak mereka supaya berpuasa seperti memberi sedikit imbuhan duit mahupun lain² lg.
(9) Sebelum terlambat.
Supaya kita tidak meratapi hilangnya kesempatan beribadah di akhir bulan Ramadhan, persiapkanlah diri kerana dia akan segera datang. Setiap orang yang membayangkan bagaimana keadaan akhir yang dia alami di akhir bulan Ramadhan, nescaya akan mempersiapkan diri dengan baik di awal bulan. Dengan begitu, mengetahui kerugian yang akan diperoleh bagi mereka yang lalai di bulan Ramadhan akan membantu hamba agar dapat menghindarinya.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda(bermaksud),
“Sangat hina orang yang menjumpai bulan Ramadhan dan bulan tersebut berlalu sementara dirinya tidak memperoleh keampunan(dari Allah).”(HR. at-Tirmizi no. 3545, di Sahihkan Syeikh al-Albani dalam kitab Sahih Sunan Tirmizi).
Wallahu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan