Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan HATI AYAM, BILIS dan supplement SPIRULINA adalah antara yang TINGGI bahan PURINE
Kepada yang ada masalah GOUT, PURINE boleh sebabkan GOUT jika diambil berlebihan
Hati ayam : 312 mg/100g
Bilis : 1108 mg/100g
Spirulina : 1269 mg/100g
(supplement)
PURINE juga banyak dalam ORGAN DALAMAN lain
Daging merah juga tinggi PURINE berbanding daging putih.
Daging eloknya DI BASUH sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan PURINE
KURANGKAN ambil kuah sup daging kerana bahan PURINE banyak dalam kuah
Elakkan ambil MADU TIRUAN dan produk makanan / minuman yang menggunakan HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)
Kurangkan ambil sayur ASPARAGUS, BAYAM dan KOBIS BUNGA
Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura - mendapati bahawa, mereka yang ambil SOYA lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil SOYA
Sumber alami yang bagus untuk masalah gout adalah;
a. PERIA
b. BUNGA KRYSANTHEMUM
c. KULIT KAYU MANIS
d. CEKUR
e. MENGKUDU HUTAN
f. DAUN BETIK
g. EMPULUR NANAS
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda
Rujukan:
a. Biol. Pharm Bull 37(5) 709-721
b. Asia Pac. J Clin Nutr 20(3): 347-358
c. Int Food Rec 19(1) 159-165
d. Frontiers in Pharma vol 9
e. Anna Ellington B. Sc Thesis
Sumber: Dr. Suri Roowi, MARDI Principal Scientist.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan