Lawatan CHI IKBNKP Ke Pameran LIMA 2019 - FRIEND OF PERLIS

Terkini

28 Mac 2019

Lawatan CHI IKBNKP Ke Pameran LIMA 2019


Lawatan ke Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace 2019 (LIMA19). Jabatan Teknologi Marin dengan kerjasama Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBNKP telah melakukan lawatan ke Pameran LIMA 2019, Langkawi.

Melalui lawatan ini, IKBN Kuala Perlis cuba mengintai peluang bagi menjalin hubungan usahasama dengan pemain utama industri bidang Maritim. Selain itu juga, pihak IKBNKP ingin membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin menjadi rakan kerjasama strategik dalam usaha mengembangkan industri maritim di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. 

Disamping itu juga, pihak CHI IKBNKP turut mempromosikan IKBNKP termasuk 21 buah IKTBN/IKBN yang lain dalam mendekatkan IKTBN/IKBN dengan industri. 

Pihak IKBNKP juga sempatberbincang dan  bertukar buah fikiran mengenai teknologi baharu yang digunapakai di dalam pasaran hari ini.

Selain itu juga, CHI  memaklumkan mengenai program-program yang boleh dilaksanakan di IKBNKP seperti persijilan pekerja sedia ada melalui program PPT, kursus-kursus customise dan modular, dan lain-lain kursus handskill serta softskill. 

Secara umumnya, syarikat-syarikat utama ini menyambut baik usaha yang dijalankan oleh IKTBN/IKBN dalam melahirkan pekerja mahir dikalangan belia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan